Thursday, January 3, 2013

cerpen

untuk entri 2013, aku nak mengarang satu cerpen. oh ya cerita pendek. pasal hidup aku untuk 23 yang dah aku lewati. pedulikan orang mahu kata aku poyo atau apa, kalau meluat mohon pergi.
2012 tahun celaka bagi aku. nampak kasar kan ? tapi lebih kasar dari apa aku rasa. Tuhan betul betul menguji aku, sampai satu saat aku sedar aku terlalu angkuh denganNya. hak Dia, Dia punya kuasa bila bila masa nak ambil balik. tu yg aku mula sedar.
perginya kekasih hati yang pernah menjadi 'kami' untuk 6tahun bukan sesuatu yang mudah. kau tak rasa ini satu benda gila bila kau dah bersama terbiasa dan tiba tiba hilang ? andai dia pergi utk selamanya atau bahasa kasarnya dia dah mati, mungkin aku boleh terima kenyataan dan pasrah dan redhaa. tapi dia pergi utk perempuan lain ? tak ke celaka namanya bila perempuan tu pun tau dia dh pun punya aku ? dan utk bulan bulan yang dah aku lewati, aku nampak mereka bahagia, sangat. dan aku tertanya tanya, apa hilang teruskah aku dalam hidup dia ?

dan, utk bulan bulan yang dah aku lewati, aku tak sangka aku mampu sekuat ini. cukup aku meraung meroyan bagai orang gila. mungkin lebih gila dari orang gila. dan saat itu cuma aku pikir mati. sama ada aku yang mati atau dia yang mati. untuk apa hidup untuk jiwa yang mati ?

ok cukup cerita pasal hati berdarah. sekarang apa yang aku nampak lepas kena tinggal.
aku nampak apa itu erti dunia. ya dunia. selama 6tahun aku duduk bawah ketiak dia, itu ini kena kawal. sekarang aku punya suka nak buat apa. itu dunia. kemudian aku lebih hargai diri. aku dah takde masa nak pikir pasal orang, risau pasal orang ke apa ke, yang aku tau cuma diri aku. dah takde masa nak sesedih konon bf tak layan la, bergaduh ngan bf la hape la. itu sume bole pergi mampos. mungkin aku lebih nampak kepada positive. ada orang tak bole tanpa bf ? hell ! apa bukan kau hidup sebab oksigen ? kononnya sunyi takde bf. dah kenapa aku tak pernah rasa sunyi ? sunyi time ada bf lagi sakit dari sunyi dengan diri sendiri.

untuk kekuatan yang aku ada skrg, sejuta terima kasih untuk kalian kalian. terutamanya keluarga. even mak tak pernah tau cerita penuh, tapi dia faham akan kesedihan anaknya walaupun she keep mentioning his name :/
dan kawan kawan. yang tak pernah putus putus buat aku gembira, konon nak happy kan diri aku. haha. aku tau korang ikhlas. aku sayang semua :')


*pehal ending cerpen aku macam shiyall ? HAHA. aku sayang semua*





No comments:

Post a Comment