aku menjadi yang bukan aku
atau memang ini aku ?
keliru sesat tak mengerti
apa ini ?
aku menjadi yang bukan aku
menari menyanyi tanpa malu
apa aku
siapa aku ?
aku menjadi yang bukan aku
ketawa bahagia aku mahu
kenapa aku ?
ah ! persetankan siapa apa kenapa mengapa
aku tetap menjadi yang bukan aku
kerana ini yang aku mahu
No comments:
Post a Comment