Seorang teman bisik padaku,
Katanya dia cuma teman bisu,
Teman yang cuma mampu memandang,
Teman yang cuma melihat dari jauh..
Mahu aku tanya pada teman itu,
Apa kau pengecut?
Cuma memandang tanpa menyentuh,
Cuma mendengar tanpa bicara,
Cuma melihat tanpa bertanya..
Aku tak mahu kan teman yang cuma pemerhati bisu,
Pergi bila mahu,
Datang bila perlu..
Maaf teman andai aku terlanjur
Published with Blogger-droid v2.0.3
angin kadang kuat kadang lemah ,
ReplyDeletemalam kadang gelap kadang cerah ,
terlalu cerah untuk dipandang ,
terlalu kuat untuk di dengar.