Sunday, November 6, 2011

berpisah jua

aku mahu tarikan aksara ini lagi
seligat mana atau selemah mana
aku belum pasti

ingin aku ceritakan
tentang sekeping hati
yang sudah dibobrok
hati yang dulu nya satu
kini menjadi dua
tiga empat lima
entah berapa
yang pasti sudah tinggal
cebisan cebisan kecil
yang perlu aku sambung sendiri
ibarat puzzle

aku pinta kamu sambungkan semula bersama sama
sayang nya hajat aku tak kesampaian
kau nekad membiarkan cebisan cebisan itu sendirian
tinggal lah aku yang cuba bertahan

entah sampai bila aku mampu bertahan
hidup sendirian
5tahun aku dimanja dibelai dilayan
hari nie aku sendirian

jari jari aku yang kecil ini
tak mampu untuk menahan kau pergi
"relaku korban kan cinta agar kau bahagia"
kata kata ziana zain

apakah hati aku dah cukup benar ikhlas untuk berkorban ?
apa hati aku dah cukup rela pemergian kau ?
apa hati aku dah cukup kuat tuk lihat kau bahagia bersama yang lain ?

aku tinggal kan tanda tanya
mungkin satu hari nanti akan ada yang sudi menjawab




No comments:

Post a Comment