Wednesday, July 13, 2011

rumah itu

jika harini orang sibuk bercerita tentang politik sana sini,
propa itu ini
aku ta arif tentang politik, kunci mulut ini

hari hari aku lalu jalan itu
sebelah kiri ada rumah bertiang dua
bilik cuma satu
muat hanya untuk seorang
tiada tingkap mahu pun pintu
dah ramai yang bina rumah di sana
sama ada redha atau terpaksa
wallahu a'lam
tiap kali aku lalu situ
aku terfikir
entah bilaa masa aku pulak
entah bila akan aku dipanggil
bersediakah aku di saat itu ?
belum !
aku masih belum lagi
tapi, pencabut nyawa ta pernah lambat walau sesaat
andai dah tiba masanya, bersedia atau tidak
yang pergi akan pergi
selepas aku menulis ini
aku akan pergi pulak, mungkin
tak siapa yang tahu tentang ituu

sebagai hamba-Nya yang tak sempurna
aku memohon maaf atas setiap kekhilafan
sama ada sengaja atau tidak
aku mohon maaf
halalkan semuanya
sentiasalah doakan kesejahteraan aku di sana kelak



p/s : motivasi diri di pagi hari

No comments:

Post a Comment