Saturday, April 23, 2011

terbiasa

Aku sudah terbiasa menangis

tanpa engkau perlu memujuk diri ku,

Aku sudah terbiasa terjatuh

tanpa perlu kau menghulurkan bantuanmu,

Aku sudah terbiasa menanggung kesakitan ini

tanpa perlu kau hadir mengubati diriku...

Jika alasanmu ingin menemaniku untuk mengharungi hidup ini

tidak usah kerana aku sudah terbiasa mengharunginya sendiri

tanpa kau di sisi...

Jika alasanmu ingin membahagiakanku

tidak usah kerana aku sudah bahagia begini

walaupun aku bersendiri...

Jika alasanmu ingin menyayangiku seumur hidupmu

tidak usah kerana aku sudah terbiasa disayangi

oleh yang begitu ikhlas menyayangi diri ini...

Biarkanlah aku begini...

terbiasa sendiri..

mengharungi hidupku ini..

tanpa kau di sisi...

Jikalau pertanyaanmu kenapa dan mengapa???

Hanya ini jawapanku,

TERBIASA...





http://www.facebook.com/note.php?note_id=175365475849606


No comments:

Post a Comment