Monday, August 16, 2010

mencari

aku mungkin gembira
aku mungkin tertawa
tapi belum yang sempurna

aku mencari sesuatu
mencari sesuatu kebahagiaan
kebahagiaan yang benar2

aku mencari suatu ketenangan
ketenangan yang benar2 tenang
bila aku pejam dan buka mata
aku masih tenang
walau aku diasak 1001 dugaan
aku masih tenang
dan mampu tersenyum
hingga membuatkan musuh2 ku gentar

aku mahu tenang
setenangnya air di tasik
ta siapa berani menggangu
walau hari hujan mahupun panas
masih tenang di tempat itu

mungkin aku terlalu jauh dengan maha pencipta
jauhh.. sangat jauhh.
aku masih menyusun langkah untuk mendekatkan diri
masih mendaki satu persatu anak tangga menuju ke atas
kerana ku tahu
hanya di sana aku akan temui segala yang ku cari

No comments:

Post a Comment